Aku berada di semester akhir di UTM pada bulan November
2006. Pada bulan tu juga aku dapat panggilan interview untuk kerja sebagai QA
Engineer. Seperti kebanyakan graduan aku agak nervous bila dipanggil untuk
interview namun aku kuatkan tekad untuk lakukan yang terbaik.
Sesi interview dilakukan oleh Plant Manager. Aku ingat lagi
sewaktu sesi interview aku Plant Manager tanya aku “What happen if you not
perform in our organization in 3 months (probation period)?” Aku dengan confident
beritahu “ If that the case you can kick me out”. Hahaha.. Gila confident.
Manager juga beritahu aku yang aku adalah engineer pertama
yang akan diambil bekerja di situ sebab mereka perlukan kepakaran untuk
selesaikan beberapa masalah kualiti material yang selalu tak lepas QC check.
Company ini sebenarnya melakukan perniagaan floropolymer coating untuk fastener, bolt and
nuts which been used for Oil and Gas Industry. Antara paint yang digunakan
adalah Blue Xylan coating dan Sermagard coating.
Xylan Coating |
Sermagard Coating |
Ada beberapa department yang aku ingat:
1)
Plating Department – Proses
membersihkan permukaan material (fasterners, bolt and nut) dari minyak dan
menyediakan layer pertama coating untuk tujuan dihantar ke spray department.Layer
pertama ni seolah bertindak seperti double sided tape. Layer coating yang
pertama ni biasanya adalah zinc plating atau kadang kadang dipanggil zinc
coating.
2)
Spraying Department – proses
spray atau coating untuk fasterner dilakukan di bahagian ini. Setelah selesai
proses spray material akan dimasukkan ke dalam oven mengikut masa yang
ditetapkan. Dalam proses spray para sprayer akan pakai half face respirator.
3)
Tool Department –
menyediakan bolts mengikut ukuran yang diminta customer
4)
Warehouse/Packing
Department – packing fasteners, bolt dan nut yang sudah siap dispray di dalam
kotak dan ready for collection by customer.
5)
Blasting Department – Kebiasanya
bahagian yang reject dari plating department akan dihantar
6)
QA/QC Department – Department
yang ada kuasa untuk menentukan sama ada kualiti produk itu melepasi kualiti
yang dikehendaki. Ujian yang selalu mereka lakukan ialah X-Cut test, thickness
test.
7)
Admin Department – HR,
Finance, Purchasing, etc..
Percaya atau tidak, hari pertama aku bekerja di situ aku
start masuk kerja jam 8.00pagi dan balik rumah 6.00pagi. Lepas tidur dan rehat
jam 2.00petang kena masuk kerja semula sampailah jam 10malam. Ini disebabkan
ada demand untuk coating barang baru (yang bukan fastener, bolt and nut) yang
perlukan pemerhatian khusus dari pihak management. Mak aku pun pelik. Bayangkanlah
aku pernah submit overtime dalam 160 - 180jam. Memang gila. Siap mak aku perli lagi kenapa tak bawak bantal je datang ofis? hehehe...
Tugas aku di situ advise management dari segi process flow
chart supaya dapat kualiti yang diperlukan. Namun aku gagal memenuhi kehendak
management yang melihat tiada perubahan dari segi kualiti atau nilai tambah
yang ada setelah aku masuk dalam team mereka.
Aku redha walaupun agak sedih dengan keputusan itu. But I am
man with my word. As I say before if I am not meeting the expectation you can
kick me out.
Apapun secara positifnya ada beberapa aspek yang aku belajar
dari Status Head walaupun masa dengan company agak singkat sehingga hujung
- Pertama kali terlibat secara tak rasmi menasihati aspek keselamatan di dalam company dari segi pemilihan PPE. Choose of respiratory system to be used by sprayer.
- Belajar ISO9001 Management System walaupun belajar sendiri tanpa sifu tapi at least tahu apa kenapa ISO9001 itu penting untuk company.
- Management dan pekerja kesemuanya Melayu dan bumiputra. Diorang akan sempoi.Kadang-kadang penyelesaian masalah datang masa sesi santai tepi jalan sambil sembang atau hisap rokok sama-sama.
- Plant Manager aku ada etika kerja yang gila. Sanggup tidur di kilang untuk ensure semua proses berjalan lancar.
- Majikan agak prihatin pada mangsa banjir. Waktu aku bekerja dari Nov 2006 – Feb 2007. Ada 2 kali kes banjir besar berlaku di Johor. Bulan Disember dan juga bulan Februari 2007. Masa tu Kota Tinggi pun dah tak tinggi.
- Pertama kali attend kursus 7QC Tools. Tools yang digunakan oleh QC department.
- Pertama kali berurusan dengan client FMC Global Head di Nusajaya.
Bersambung..
No comments:
Post a Comment