Thursday 14 April 2016

Hari Pertama di Saudi. PART 3 (Check In & Briyani Arab Style)

Lepas dah hadap pengalaman Super Fast Lane tu lebih kurang 40-50 minit sampai jugak di destinasi penginapan pertama aku di Saudi. Aku diberi accommodation di kawasan Royal Commissioner. Lebih spesifiknya aku tinggal di Al Farooq Compound di Jubail. Sampai sana lebih kurang jam 11pagi. So bila aku kira jumlah masa yang aku spend dari Airport Malaysia sampai ke AlFarooq Compound is almost 20-22 hour.



Untuk pengetahuan semua Jubail ni terletak di kawasan Eastern Province iaitu adalah salah satu daripada 13 province di Arab Saudi. Bahasa mudahnya macam aku duduk di negeri Johor tapi di Daerah Johor Bahru.



More info about Jubail  https://en.wikipedia.org/wiki/Jubail.
More info about Saudi Arabia https://en.wikipedia.org/wiki/Regions_of_Saudi_Arabia


Bila sampai  aku kena register dan buat badge (for security reason). Sampai je bilik terus cari katil.. Tidur dan rehat sepuas-puasnya. Dan berita paling best adalah dalam bilik ada WIFI. Terus update current cituation pada  family dan update FB.. (Hahaha..) Sambil tu sempat jugak whatsapp dengan Sayutie (ex JBS) yang memang dah ada kat Jubail. Mintak dia bawak pegi makan time dinner.

Al Farooq Compound.


Lebih kurang jam  6.50pm Sayutie datang ambik aku dan bawak aku pegi Masjid untuk solat Isyak dulu. Lepas solat Isyak aku ada tanya dia kat mana supermarket terdekat. Kebetulan sebelah masjid pun ada supermarket. So sempat la beli barang makanan untuk stok kat bilik nanti. Harga barang kat sini… Hmm nanti aku update dalam post lain. Sebab mungkin aku tak habis explore lagi..


Lepas dah puas shopping masa untuk makan. Sayutie tanya aku nak makan apa. Aku cakap aku nak makan nasi. Hehehe… Tekak masih tekak orang Malaysia. Memang kena cari nasi jugak. Dia pun bawak aku ke satu kawasan yang dipanggil Al Fanateer. Kat situ kitorang makan di restaurant QILA RICE. Masuk je Sayutie terus order Briyani Daging for 1 pax dengan Mineral water 2. Aku pelik jugak. Then aku tanya.. Bro apasal ko order 1 je.. Dia cakap “Takpe, ko rilek je. Cukup ni.” Then aku pun iyakan je.. Lepas seminit dua datanglah pesanan kami. Ambik ko… Punya lah banyak nasi.. First time rasa lauk Briyani kat Arab Saudi. Boleh tahan jugak rasanya. Kebetulan tengah lapar bedal jela.. Sampai aku pun tak ingat aku makan tu daging kambing ke lembu.. Kambing kot.. Hahahaa


Nasi Briyani Kambing for 1 pax.. Tapi makan 2 orang..

Close up view. Menyelerakan tak??? Hihihi..


Lebih kurang jam 8.30malam aku dah balik bilik. Sambil sambil layan channel Arab dalam TV kat dalam bilik. Almost 10.00malam baru aku tidur.

 Nota kaki: Waktu di atas adalah waktu Arab Saudi. Waktu di sini lambat 5 jam dari waktu Malaysia.

No comments:

Post a Comment