Hari pertama di Saudi bermula dengan cemas bila driver dari
syarikat SAMARA yang sepatutnya fetch aku tiada di airport. Tunggu dah lebih 2
jam. Memang cemas masa tu walapun muka masih control cool dan macho. Sempat
juga borak dengan sorang bro dari Singapore yang juga ada masalah yang sama.
Masih baik sms masih berfungsi.
Aku sms pada ThinkPlus representative tapi
diorang punya jawapan “tunggu je sampai driver sampai dan cari orang yang pakai
T Shirt SAMARA”. Memang aku pun dah setting mind set TO EXPECT THE UNEXPECTED
tapi still agak risau jugak.
Aku fikir punya fikir, aku nampak ramai orang beratur. Buat
apa tu? Ohhh.. beli SIM Card rupanya. Aku pun beli jugak sim card arab Mobily. Tapi malangnya bila aku dail SAMARA
Office takde siapa yang jawab. Lepas 2 jam menunggu akhirnya ada seorang yang
pakai T Shirt tertulis SAMARA. Tapi yang menjadi masalahnya dia bukan driver
aku. Terpaksa lah minta bantuan dia untuk tanya pasal driver SAMARA.
Memang
nasib baik jugak la dia rajin nak tolong.Akhirnya aku lega bilaselamat bila
dapat tahu yang driver akan ambil aku. Bayangkan lepas Imegresin time Subuh lebih
kurang jam 5,00pagi waktu Saudi. Jam 8.50 pagi baru aku dapat berita pasal
driver aku.Alhamdulillah.. Syukur pada Allah.
Bila semuanya dah tenang sempat lagi la aku borak dengan
seorang Philiphino yang ada kat situ. Mulanya dia cakap Tagalog dengan aku tapi
bila aku cakap aku from Malaysia terus dia pun cakap Melayu dengan aku. Katanya
dia tengah tunggu boss dia. Dia kerja jadi driver untuk orang Saudi.
Lebih kurang jam 10.00pagi baru driver aku sampai. Borak
juga dengan driver tu. Katanya asal dari Lahore, Pakistan. OPss, lupa nak bagitahu yang kereta di sini
follow style US. Drive at left side. Lefthand drive. Dah bekerja di Saudi hampir
2 tahun.. Bila dalam kereta dapatlah merasai pengalaman lihat padang pasir secara live. Hehehe...
Pertama kali tengok padang pasir |
Di sinisatu lagi CULTURE SHOCK aku hadap. Driver kat sini
dah macam pemandu rali atau F1. Bawa punyalah laju… and the BEST THING adalah
diorang selamba je potong guna lane yang paling hujung… ye.. Paling hujung…
Maksudnya kalau kat sebelah kiri ko tu divider ko akan rasanya lebih kurang 2
inci je body kereta tu dari divider jalan tu..
Lega bila driver dah sampai |
BAHASA MUDAHnya Highway di sini ada beberapa jenis lane di
jalan raya sini yang terbahagi kepada:
1)
Emergency Lane – Laluan kecemasan
2)
Normal lane – Lane untuk lori atau pandu
perlahan
3)
Middle Lane – Lane biasa
4)
Fast Lane – Lane Memotong
5)
Super FAST Lane – Lane ????
Normally lane 1 tu selalu ramai driver kat Malaysia buat
tapi this is first time I experienced those SUPER FAST lane. Berapa kali aku
mengucap bila jeling kat speed kereta
tu..
Kebetulan jentera berat melintas. Lane sebelah kiri tulah SUPERFAST lane. |
No comments:
Post a Comment