Wednesday 2 August 2017

Apa maksud HAZMAT Label Code?

Selalu tengok label pada tanker seperti gambar di bawah??




Ya.Ramai yang selalu nampak label code itu. Itu adalah HAZMAT Code yang digunakan oleh kebanyakan transporter yang akan membawa bahan berbahaya atau Dangerous Goods.


Ada 9 klasifikasi Dangerous Goods yang kebiasaanya diletak pada label HAZMAT seperti di bawah:
1.Explosive
2.Gases
3.Flammable Liquid
4.Flammable Solid
5.Oxidizing Substances
6.Toxic
7.Radioactive
8.Corrosive

9.Miscellanous Goods


Rajah di bawah adalah screenshot slide yang saya gunakan pada Emergency Response Team (ERT) saya.





2X = Emergency code. Ini bermaksud tindakan yang sesuai untuk dalam tranporter tersebut ialah dengan menggunakan fog spray dan full BA set. Cara yang sesuai untuk respons pada spill jika ada ialah dengan menggunakan kaedah contain.


1737 = UN number. Nombor unik untuk setiap substance yang wujud di atas muka bumi ini.

Gambar rajah tengkorak dengan nombor 6 =  Hazard warning yang bawa maksud Bahan material bersifat toxic seperti mana nombor klasifikasi bahan tersebut.

Company number & information = Nombor telefon dan maklumat yang boleh didapati jika berlaku sebarang kecemasan seperti tumpahan dan kebakaran pada bahan tersebut.


Biasanya para BOMBA yang telah menjalani latihan HAZMAT tahu macamana cara membaca code tersebut.

Semoga dapat belajar sesuatu hari ini. 

No comments:

Post a Comment