Bila tak kerja agak perit
rupa-rupanya. Perit sebab bosan duk rumah lama lama. Sempatlah juga merasa
dalam sebulan dua menganggur. Alhamdulillah tak lama lepas resign dapat job di
Plastrade Tebrau sebagai Production Engineer.
Company ni buat polimer compound
menggunakan teknik extrusion. Aku jaga Blok B Production Line. Tugas lebih
kurang sama macam Production Engineer yang lain iaitu memastikan output plan achieved
untuk production dengan kualiti yang dikehendaki. Dan masa aku dah bekerja
selama lebih kurang 4 bulan aku dapat surat tawaran untuk kursus Safety and Health
Officer dalam tempoh 6 bulan termasuk tempoh praktikal.
Sebenarnya masa aku waktu
menganggur sebelum ni aku sempat isi borang
untuk join skim graduan menganggur di PUSPATRI ataupun Johor Skills Development Centre.
Kursus yang aku pilih ialah Safety and Health Officer (SHO) dan juga NDT Inspector. Masa ni tawakkal
je isi borang. Sebab tak tentu lagi permohonan ni lulus sebab ada proses
interview.
Masa aku kerja lebih kurang
seingat aku bulan Jun 2007 aku dipanggil untuk hadir sesi interview kursus SHO
tu. Masa sampai tu terkejut tengok beratus ratus orang yang datang. Untuk
kursus SHO yang aku apply tu pulak ada dalam berpuluh puluh orang yang
ditemuduga untuk 20 tempat yang available. Apapun aku interview tu aku prepare
sebaik mungkin dan selebihnya serah pada ALLAH. Tawakkal je.
At least I still have a job if I fail.
Tapi siapa sangka kan. Rezeki itu
datangnya dari Allah. Dalam bulan Ogos 2007 aku terima surat dari PUSPATRI
perlu lapor diri. Nasib baik lah notice hanya sebulan je. Ada beberapa faktor yang
sebabkan aku accept offer tu dan berani untuk rely pada hanya RM500 sebulan
duit elaun PUSPATRI. Masa ni pulak kereta MYVI baru je keluar. Monthly kena
bayar RM550. Nasib baiklah ada juga simpanan sikit. Kalau tak keras jugak nak
membayar.
KENAPA AKU TERIMA TAWARAN KURSUS
SAFETY AND HEALTH OFFICER (SHO) DI PUSPATRI
- Money. Yes. Duit antara motivasi kenapa aku join HSE. Sebab dimomokkan dengan gaji yang lumayan jika jadi SHO. Realiti atau fantasi akan aku huraikan dalam post kemudian.
- Among hundreds person, I am one of 20 person chosen to be part of the class.
- Consultation with my peer friends in PETRONAS on career on HSE.
- Kerjaya yang fleksible. HSE Personnel boleh bekerja di semua industri di Malaysia yang memerlukan khidmat mereka. Construction, manufacturing, oil and gas, plantation, etc. Lebih banyak peluang boleh dapat jika apply kerja.
- Supply of HSE yang masih kurang di pasaran pada ketika itu.
- Comprehensive training modul yang ditawarkan di PUSPATRI yang harganya boleh mencecah berbelas ribu ringgit jika ambil menggunakan wang sendiri.
- PUSPATRI juga bayar harga kursus SHO dan yuran exam Paper I sampai Paper 4. Free lagi. Hehehe..
Salam .takde ke sambungan cerita pasal puspatri ? .
ReplyDeleteTak sempat.. Busy kerja.. 😅
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam tuan nk tanya. Masa interview tu apa yg ditanya dan ade tak tip2 nk lepas interview ?harap tuan boleh kongsikan . Terima kasih
ReplyDeleteUntuk lepas interview perlu tahu serba sedikit
Delete1) apa itu HSE.
2) Apa tugas dan skop kerja seorang pengamal HSE.
3) Apa undang undang berkaitan dengan HSE. Fokus bukan hanya kepada Safety and Health tetapi juga kepada element E iaitu Environment.