31 Mac 2017 - 1 April 2017
Ujian pertama yang kami dapat adalah terpaksa menunggu lama untuk masuk check in ke bilik. Memang jadi kebiasaan bila datang ke Madinah akan booking bilik dengan Ustaz Aziz (ustaz Indonesia yang menetap di Madinah). Urusan booking diserahkan pada beliau.
Tapi kebetulan waktu kami pergi adalah waktu puncak di mana kami diberitahu musim cuti sekolah di kebanyakan negara Arab, Turki dan Asia Tenggara. Dari jam 2.00petang kami terpaksa tunggu lebih 3 jam untuk masuk check in bilik. Bayangkan masing masing dalam keadaan letih duduk dalam kenderaan lebih 18 jam dari hari sebelumnya.
Dalam keadaan letih terpaksa pula mengawal kerenah Alif dan Afiy yang asyik dalam mood bermain. Fuhhh... Cubaan..!! Apapun trip kali ini ada hikmahnya.. Bila ada 3 family datang bersama-sama, wife dan mak ada peluang untuk sama sama beribadah di Raudah pada esok harinya..
Untuk pertama kalinya wife dan mak dapat masuk dan berdoa di Raudah. Alhamdullillah. Syukur sangat-sangat.
Esok pulak Haji Ruznan bagitahu yang dia ada call student dari Madinah untuk bawa kami semua melawat tempat menarik di Madinah. Mintak kami bersiap dalam jam 10 - 11pagi..
Destinasi pertama yang kami dibawa ke Muzium Keretapi Madinah. Hah?? Keretapi?
Ada ke keretapi kat Madinah. Rupanya kalau ikut sejarah memang ada track keretapi yang dibina di Madinah pada zaman dahulu (tak ingat zaman Abbasiyah ke apa). Trek keretapi ni bersambung hingga ke Jordan kalau tak silap.
|
Layout Al Hijaz Railway Station |
|
Ada 2 perkara dalam Muzium ni: Muzium Madinah dan Muzium Al Hijaz Railway |
Ni aku share serba sedikit maklumat dan gambar yang aku snap dalam muzium ni.
|
Student Malaysia dari Madinah bagi penerangan |
|
Aku dengan Afiy sempat selfie |
|
Alif dengan Afiy suka tengok barang barang lama dalam muzium |
|
Manuskrip Al Quran dari Abad ke-12 |
|
Asal huruf Arab dan evolusi |
|
Tipikal pakaian penduduk Madinah untuk lelaki |
|
Pakaian wanita Madinah ketika perkahwinan. Tapi tak pasti sama ada masih diguna pada zaman sekarang.
|
|
Asal pembinaan Masjid Nabawi. Rumah isteri Nabi bersebelahan dengan mimbar Masjid Nabawi sekarang. |
|
Keratan rentas batu. Sangat cantik tapi camera handphone spoil tak terang sangat.
Waktu sebelah dalam batu tu berkilat. |
|
Salinan photcopy Mushaf sewaktu zaman Khalifah Othman Bin Affan |
|
Antara batu batuan yang ada dalam muzium. Perasan tak ada bentuk manusia kat batu atas tengah tu. Sebelah kanan atas nampak bentuk muka manusia jugak. |
|
Duit emas dan perak yang digunakan sewaktu zaman Umayyah, Abbasiyah |
Lebih kurang 1 jam jugalah spend masa dalam muzium ni. Sebenarnya banyak lagi gambar tapi majoriti gambar ambil juga handphone wife dan upload kat FB. Nak cari semula letak kat blog ni malas la pulak. Hehehe..
Lepas tu student Madinah yang bawak kami ajak kami 4 family makan lunch di kedai yang biasa diorang makan.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment