Dah lama tak jenguk blog. Dah hampir berhabuk rupanya. So sementara masih ada masih ni nak share sikit kami punya road trip Jubail - Madinah -Makkah - Taif - Riyadh.
Trip bulan Mac April 2017 kali ni agak panjang. Lagi lagi bila mak pun ada di sini.
Tapi InsyaAllah share sikit - sikit..
Asalnya cuti panjang seminggu ni nak pergi buat road trip ke Dubai tapi disebabkan berjaya pujuk mak untuk balik lewat sikit, makanya terjadilah trip ni..
Perjalanan untuk ke Madinah lebih kurang 1200km dari Jubail tempat kami tinggal sekarang. Kalau ikut dari pengalaman yang lepas lebih kurang 16jam tempoh masa untuk sampai ke Madinah. Agak letih jugak memandu..Kami bergerak pada 30 Mac 2017 lebih kurang jam 9.00malam waktu Saudi.
Kali ni ada 2 family yang follow untuk ke Madinah. Tapi mereka gerak dulu. Kami gerak lewat sebab driver nak rehat dan tidur dulu. Dah la ada satu driver je. Jadi apa apa time memandu kang susah pulak nanti.
Kami gerak dalam jam 9 malam. Tapi 3 family dah bertolak lebih awal daripada kami. Tapi yang kagumnya punya laju aku bawak sampai aku dapat potong diorang after 400km driving di area kawasan Hafr Al Batin..
Untuk pergi ke Madinah akan melalui kawasan yang dipanggil Hafr Al Batin dan jugak kawasan yang dipanggil AzZulfi (satu tempat yang sangat cantik dan bersih.. Berbeza dengan kawasan Saudi yang lain. Ada masa akan buat catatan pasal AzZulfi)
Target untuk sampai Masjid Quba dalam jam 10 pagi. Tapi disebabkan pit stop dan rehat di sepanjang perjalanan, akhirnya dalam jam 11.00pagi baru kami semua sampai di Masjid Quba. Disebabkan waktu solat Jumaat dah hampir, semua decide untuk solat Jumaat di Masjid Quba. Masing masing decide untuk buat jamak Asar sekali.
|
Masjid Quba, Madinah |
|
Aku dengan background Masjid Quba |
|
Masjid Nabawi Madinah |
Selesai solat masing masing dah siap bungkus makanan untuk dimakan dalam bilik nanti. Kitorang tak bungkus sebab mak dengan wife masakkan lontong kering untuk bekalan. Bayangkan LONTONG KERING makan kat Madinah.. Memang rare...
|
Lontong kering memang bungkus dari rumah. Awesome beb! |
Ingatkan jam 2.30petang lepas solat Jumaat dah boleh rehat dalam bilik. Rupanya disebabkan minggu tu minggu cuti sekolah banyak bilik hotel yang penuh. Terpaksa tunggu di lobi hampir 4 jam. Lebih kurang jam 5petang baru dapat masuk bilik.
Sambung dalam Part II