Lepas dah hadap pengalaman Super Fast Lane tu lebih kurang
40-50 minit sampai jugak di destinasi penginapan pertama aku di Saudi. Aku diberi
accommodation di kawasan Royal Commissioner. Lebih spesifiknya aku tinggal di
Al Farooq Compound di Jubail. Sampai sana lebih kurang jam 11pagi. So bila aku kira jumlah masa yang aku spend dari Airport Malaysia sampai ke AlFarooq Compound is almost 20-22 hour.
Untuk pengetahuan semua Jubail ni terletak di kawasan
Eastern Province iaitu adalah salah satu daripada 13 province di Arab Saudi.
Bahasa mudahnya macam aku duduk di negeri Johor tapi di Daerah Johor Bahru.
More info about Jubail
https://en.wikipedia.org/wiki/Jubail.
More info about Saudi Arabia https://en.wikipedia.org/wiki/Regions_of_Saudi_Arabia
Bila sampai aku kena register dan buat badge (for security
reason). Sampai je bilik terus cari katil.. Tidur dan rehat sepuas-puasnya. Dan
berita paling best adalah dalam bilik ada WIFI. Terus update current cituation
pada family dan update FB.. (Hahaha..)
Sambil tu sempat jugak whatsapp dengan Sayutie (ex JBS) yang memang dah ada kat
Jubail. Mintak dia bawak pegi makan time dinner.
Al Farooq Compound. |
Lebih kurang jam
6.50pm Sayutie datang ambik aku dan bawak aku pegi Masjid untuk solat
Isyak dulu. Lepas solat Isyak aku ada tanya dia kat mana supermarket terdekat.
Kebetulan sebelah masjid pun ada supermarket. So sempat la beli barang makanan
untuk stok kat bilik nanti. Harga barang kat sini… Hmm nanti aku update dalam
post lain. Sebab mungkin aku tak habis explore lagi..
Lepas dah puas shopping masa untuk makan. Sayutie tanya aku
nak makan apa. Aku cakap aku nak makan nasi. Hehehe… Tekak masih tekak orang
Malaysia. Memang kena cari nasi jugak. Dia pun bawak aku ke satu kawasan yang
dipanggil Al Fanateer. Kat situ kitorang makan di restaurant QILA RICE. Masuk
je Sayutie terus order Briyani Daging for 1 pax dengan Mineral water 2. Aku
pelik jugak. Then aku tanya.. Bro apasal ko order 1 je.. Dia cakap “Takpe, ko
rilek je. Cukup ni.” Then aku pun iyakan je.. Lepas seminit dua datanglah
pesanan kami. Ambik ko… Punya lah banyak nasi.. First time rasa lauk Briyani
kat Arab Saudi. Boleh tahan jugak rasanya. Kebetulan tengah lapar bedal jela..
Sampai aku pun tak ingat aku makan tu daging kambing ke lembu.. Kambing kot.. Hahahaa
Nasi Briyani Kambing for 1 pax.. Tapi makan 2 orang.. |
Close up view. Menyelerakan tak??? Hihihi.. |
Lebih kurang jam 8.30malam aku dah balik bilik. Sambil sambil layan channel Arab dalam TV kat dalam bilik. Almost 10.00malam baru aku tidur.
Nota kaki: Waktu di atas adalah waktu Arab
Saudi. Waktu di sini lambat 5 jam dari waktu Malaysia.
Contoh 8.30 malam di
Saudi, 1.30pagi di Malaysia.
Hari Pertama di Saudi. Part I
Hari Pertama di Saudi Part 2
Hari Pertama di Saudi. PART 3 (Check In & Briyani Arab Style)
Hari Pertama di Saudi. Part I
Hari Pertama di Saudi Part 2
Hari Pertama di Saudi. PART 3 (Check In & Briyani Arab Style)