Saturday 28 March 2020

Kisah HSE Aku - Modul Safety and Health Officer di Puspatri

Dah berapa tahun tak menulis. Dah bersawang teruk blog ni. Hahaha..

Tapi bagus juga isu COvid-19 yang melanda dunia sekarang. At least aku ada banyak sikit masa untuk menulis.

Okay, disebabkan ada juga mata yang membaca aku sambung cerita Kisah HSE aku walaupun dah lama aku stop. Kali ni fokus kepada Modul HSE yang aku ambil sepanjang lebih kurang 2 bulan kursus di PUSPATRI.

Antara kursus yang aku ingat ditawarkan untuk kursus Safety and Heatlh Officer di Puspatri adalah seperti di bawah.

1) Management System (OHSAS 18001, ISO 14000 dan ISO 9001)
Mengajar aku tentang peranan kaedah pengurusan kerja selamat dalam garis rangka OHSAS18001 (Pengurusan keselmatan dan kesihatan pekerjaan) , ISO 14000 (Pengurusan alam sekitar) dan ISO 9001 (Pengurusan kualiti produk). 

Kesemua Management System ini walaupun berlainan tujuan tapi menggunakan konsep yang lebih kurang sama iaitu PDCA (Plan, Do, Check, Act). Ada yang kata PDCAR. R tu review. Boleh juga. Takde masalah.


Tahun 2007 masih lagi OHSAS18001 digunakan. Sekarang OHSAS 18001 dah takde. Diganti dengan ISO45001. Topik Management system ni boring. Tapi kalau kau expert kau boleh jadi HSE Auditor.


2) Authorized Gas Tester (AGT)
Tahun 2007 kursus ini dah diperkenalkan di Puspatri walaupun belum diwajibkan ambil di NIOSH. 
Antara topic penting yang kita perlu tahu jika terlibat dengan kerja melibatkan Confined Space. Waktu ni trainer memang betul betul competent. Bukan hanya ajar tentang gas yang ada seperti LEL, Methane, H2S dan CO2 pada gas detector. Tapi fungsi dan mekanisma penggunaan detector. Agak teknikal sikit. Lain hari lah aku ulas.

3) Mechanical Safety
Antara sub-topik keselamatan yang penting. Benda ni pada aku waktu 2007 adalah sangat baru.

4) Train The Trainer
Latihan diberi supaya pelajar dilatih cara memberi latihan kepada pekerja. Sebab antara tugas pengamal HSE adalah memberi taklimat keselamatan/ safety awareness, melatih pekerja dalam topik tertentu. 

5)  OSHA 1994 & FMA 1967
Bidang perundangan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Bukan itu je trainer yang diambil juga melatih student supaya pandai membaca Code of Practice atau Garis Panduan dari website Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau JKKP. 

Link berkenaan garis panduan ada di bawah ni. 

6) Environmental Quality Act 1974
Bidang perundangan berkaitan dengan alam sekitar di Malaysia

7) CIDB Green Card for General Worker
Dalam kursus juga termasuk pendaftaran pelajar sebagai CIDB general worker. Yang ni penting jika pengamal HSE tu bekerja dalam bidang berkaitan construction.

8) Teknik 5S
Diajar dan juga praktikal tentang 5S di Puspatri. Apa dia 5S. Sistem yang diperkenalkan di Jepun. Sangat penting untuk tahu konsep ni terutama pada mereka yang minat bekerja dengan syarikat Jepun.

9) Fire Fighting Safety, Rescue & Practical
Yang ini antara sesi yang best sebab ambil masa lebih kurang 10 hari kalau tak silap.
Sebab kami diajar cara lawan kebakaran secara teori dan praktikal. Antara benda teori yang sempat kami buat adalah
a) Teknik gulung hos bomba. 
b) Teknik memadam api
c) Teknik mengguna dan memakai SCBA (Self contained breathing apparatus) complete with fireman suit termasuk topi dan bot. Sebab aku tak kekok pakai SCBA walaupun dah bertahun tak pakai.
d) Teknik menyelamat dalam kontena atau dalam gelap.

Skil di atas semua mengajar aku untuk melatih pekerja atau anggota ERT di tempat kerja aku.

10) 22 days Safety and Health Officer (SHO) Course & Examination
Yang ni aku rasa paling mahal sebab diajar kursus 22 hari oleh trainer dari NIOSH sebagai persediaan untuk peperiksaan Safety and Health Officer (SHO). Dan ia termasuk dalam yuran yang dibayar oleh kerajaan kepada PUSPATRI. Program ni kan dibiayai oleh Kerajaan. Terima kasih kerajaan Malaysia.

11) Banyak lagi kursus percuma yang diberi cuma aku lupa.. hahaha

So pada tahun 2007/2008 tu kalau kau tanya aku adakah berbaloi aku tinggalkan gaji hampir RM2000 sebulan dan hanya makan elaun RM500 selama 6 bulan (4 bulan kelas di PUspatri, 2 bulan latihan industri). Jawapannya adalah berbaloi sangat.

Sebab kalau aku kira semua nilai kursus yang aku ambil semasa tempoh menjadi student SHO di PUSPATRI aku rasa nilai kursus mungkin lebih kurang RM15000 ke 20000 kalau ko ambil sendiri.
Dari segi nilai ia adalah sangat berbaloi provided kau belajar betul betul lah.. 

Disclaimer: Semua tulisan aku ini berdasarkan pengalaman aku di PUSPATRI tahun 2006 dan 2007. Sekarang kalau nak tahu detail kena tanya PUSPATRI sendiri. Tapi believe me, graduan HSE PUSPATRI jauhhhhhh lagi berkualiti dari graduan pusat latihan lain. (Gila self proclaim...hehehe) Ramai yang pada tahun 2020 dah level trainer sebab pengalaman diorang.

No comments:

Post a Comment