Trip Dubai dan Abu Dhabi Laluan Darat
############################
🔸Kalau drive dari Jubail/Dammam, KSA pilih laluan pesisir pantai Half Moon Bay ke kawasan Salwa (Sempadan Qatar&Saudi). Tapi kawasan Salwa ni dah sedikit sunyi sebab laluan border ke Qatar dah ditutup. Laluan ini dapat jimatkan jumlah perjalanan lebih kurang 1jam.
🔸Sepanjang laluan dari kawasan Half Moon Bay dan Salwa kalau tak silap hanya ada 1 atau 2 petrol station. Kalau jumpa je cepat2 masuk dikhuatiri tiada stesen lain di sepanjang perjalanan.
🔸Selepas melalui kawasan Salwa terus straight ke kawasan Al Batha. Follow Google Map. Aku bertolak dari Jubail around 1pm. Sampai di Al Batha, border Saudi UAE lebih kurang jam 7malam.
🔸 Sampai di Imigresen, disebabkan aku non Saudi, officer suruh pergi ke 1 bangunan untuk urusan passport. Sampai di sana boleh jumpa ramai yang dah siap register e visa dalam sistem. Pada mereka yang buat e visa, perlu buat ujian mata sekali. Cuma pemegang passport Malaysia atas nasihat rakan, just ecxplain pada pegawai bertugas.
🔸Perlu consider berhenti untuk urusan visa ni dalam 1 jam. Aku punya urusan visa delay sebab mereka yang bertugas ambil masa untuk confirmkan dengan pegawai atasan mereka. Nasib baik anak anak semua tak meragam.
🔸 Selesai urusan passport lebih kurang jam 8malam. Kena pergi ke kaunter untuk beli insurance kereta. Harga tak ingat tapi dalam lingkungan bawah SR100. Serious terlupa.😅
🔸Selepas melepasi sempadan UAE, belok kiri ada supermarket, kedai jual simkad. Ingatkan nak beli simkad tapi tak dapat sebab bukan rakyat Saudi. Disebabkan tak boleh beli simkad, berhuhu jelah teruskan perjalanan. Ada lebih kurang 5 jam untuk sampai ke Dubai.
🔸Speed Limit di Highway ni 160km/h. So memang aku bantai kelajuan maksima. Sekitar laluan ke Dubai ada beberapa stesen minyak. Always alert yang setiap 300 ke 350km perjalanan standby untuk isi minyak.
🔸Perjalanan ke Dubai akan melalui kawasan seperti Ruwais dan Abu Dhabi. Disebabkan aku cuti 4 hari sempena Saudi National Day, aku decide 2 malam di Dubai dan 2 malam di Abu Dhabi.
🔸Aku tinggal di Pearl Park Deluxe Hotel Apartment. Search thru Booking. Dapat free upgrade 1 room apartment to 2 room apartment.
🔸Book hotel thru website Emirates sebab nak collect Emirates point. Emirates partner dengan Booking.com. So setiap booking boleh dapat Emirates point. Masukkan Emirates membership number semasa booking confirmation.
🔸Di Dubai rupanya banyak tempat tumpuan seperti Global Village, Dubai Miracle Garden ditutup ketika musim panas. Maka berhuhu jelah ke tempat lain seperti Jumeirah Beach dan Dubai Children City.
🔸Esoknya after check out, jalan jalan ke Old Deira Gold Souq. Parking kereta di bangunan berhadapan Old Deira, Dubai Water Taxi Station. Explore kawasan Old Deira Gold Souq sekejap sambil cari kedai untuk makan.
🔸Lepas makan, pergi ke stesen Dubai Water Taxi station. Bayar AED1 atau 1 dirham seorang untuk 1 laluan. Bayar pada pemandu water taxi. Kalau nak sewa 1 water taxi pun boleh tapi tak berbaloi. Cuma yang bawa anak tolong pegang anak anak. Sebab tiada lifejacket disediakan oleh bot.
🔸Dalam jam 2petang bertolak ke Abu Dhabi. Sampai Abu Dhabi lebih kurang jam 4petang. Check in di Royal Rose Hotel Abu Dhabi.
🔸 Kenapa aku check in sini?Sebab hotel ni salah satu hotel yang collabrate dengan YasIsland. Dan dapat free park access under YasIsland seperti Ferrari World, Warnes Bros AbuDhabi dan YasIsland Waterpark. Ambil pakej 2 night stay dapat 4 park access. Entrance below 3 years free. Jimat banyak beb sebab park access lebih kurang AED200 ke 300 per pax. Boleh book di website www.yasisland.ae.
Details boleh refer post FB bawah.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220716213524082&id=1498970927
🔸Disebabkan dapat park access percuma untum 2 hari. Kami pilih Warner Bros Abu Dhabi untuk hari pertama. Cuma perlu print dan tunjuk pada petugas. Kanak kanak bawah 3 tahun tak perlu tiket.
🔸Aku boleh katakan dalam trip with Family memang wajib singgah ke WarnerBros AbuDhabi ni. Akan spend masa sepanjang hari di situ. Masuk jam 10pagi, keluar jam 5petang. Punyalah excited anak anak kat dalam tu. Kena pulak datang waktu non peak.
🔸Balik dari Warner Bros Abu Dhabi, singgah ke Sheikh Zayed Grand Mosque. Memang cantik masjid ni terutama pancaran lampu pada waktu malam. Terserlah senibina masjid.
🔸Esoknya check out. Sebelum balik singgah YasIsland Waterpark lebih kurang 4 jam. Dari jam 10pagi sampai 2.30petang. Sama juga tempat less crowded sebab non peak season.
🔸Jam 2.30petang bersiap balik ke Saudi. Di laluan border sebelum ke Saudi kena bayar AED150. Tak sure bayaran apa. Mungkin bayaran tol kot. Bayar jelah.
🔸Masuk Saudi, singgah isi minyak dan makan laham mandi. Pastu balik. Perjalanan balik dari Abu Dhabi ke Jubail ambil masa lebih kurang 9 ke 10jam.
Aku ada buat video amatur kita untuk trip kali ni.
Boleh refer link YouTube di bawah.
👇👇👇👇
https://youtu.be/pNA36F4tu_w
Friday 18 October 2019
Friday 27 September 2019
Daging kambing 5 kilo, bahagian ribs
Coriander powder 100 – 200 g
Cumin powder 100 – 200 g
Lada sulah (white pepper) 100 – 200 g
Lada hitam (black pepper) 100 – 200 g
Rosemary leaves 150g – 200 g
Thyme 150g – 200 g
Oyster sauce 1 botol besar
Kicap masin 100 ml
Kicap manis 200 ml
Madu 1 – 1.5 kg
Cara caranya
Masukkan 1 botol besar oyster sauce (biasanya brand makati) bersama 200ml kicap manis dan 100ml kicap masin Gaulkan sampai mesra Kemudian masukkan lebih kurang 100g coriander, cumin, lada hitam dan lada putih Gaulkan sampai mesra Masukkan pulak rosemary and thyme dalam 50 -100 g atau seikut rasa Rosemary dan thyme nie boleh campur sekali dengan bahan bahan yang terdahulu seperti coriander etc tadi
Sekarang campuran perapan akan menjadi pekat
Kemudian masukkan 1 hingga 1 setengah kilo madu. Gaulkan kemudian perap dalm peti sejuk sekurang2nyer 2 jam. Lagi lama lagi baguih Lepas tu bakar
Coriander powder 100 – 200 g
Cumin powder 100 – 200 g
Lada sulah (white pepper) 100 – 200 g
Lada hitam (black pepper) 100 – 200 g
Rosemary leaves 150g – 200 g
Thyme 150g – 200 g
Oyster sauce 1 botol besar
Kicap masin 100 ml
Kicap manis 200 ml
Madu 1 – 1.5 kg
Cara caranya
Masukkan 1 botol besar oyster sauce (biasanya brand makati) bersama 200ml kicap manis dan 100ml kicap masin Gaulkan sampai mesra Kemudian masukkan lebih kurang 100g coriander, cumin, lada hitam dan lada putih Gaulkan sampai mesra Masukkan pulak rosemary and thyme dalam 50 -100 g atau seikut rasa Rosemary dan thyme nie boleh campur sekali dengan bahan bahan yang terdahulu seperti coriander etc tadi
Sekarang campuran perapan akan menjadi pekat
Kemudian masukkan 1 hingga 1 setengah kilo madu. Gaulkan kemudian perap dalm peti sejuk sekurang2nyer 2 jam. Lagi lama lagi baguih Lepas tu bakar
Subscribe to:
Posts (Atom)