Saturday 20 September 2014

HIKING + RAFTING AT SUNGAI SEDIM 2014 PART V RAFTING


Akhirnya ni posting terakhir untuk tajuk ni, Hari yang paling syok sebab dah bersiap nak rafting. Rafting di Sungai Sedim adalah antara punca aku join ekspedisi kali ni. Apapun sebelum bergerak untuk rafting kena turun dari gunung dulu.


Target untuk sampai ke checkpoint di mana Land Rover akan menanti kami pada jam 12.00 tengahari. Alhamdulillah, setelah isi perut dan kemas-kemas barang kami bertolak dari Kem Air Terjun pada jam 8.30 pagi. Sebelum tu ada jugak kisah berakhirnya hayat kasut Hafiz di kem.. Hehehe..
Kasut Hafiz yang ditamatkan riwayatnya


Sempat diorang posing kat pokok besar ni..

Kami sampai ke land rover lebih kurang jam 12.00 tengahari. Aku sempat rehat dan posing2 kat Land Rover untuk kenangan sementara menanti sahabat yang lain turun. Masa ni jugak Driver land rover bagitahu pasal tragedy MH370 yang hilang pada masa kami di atas gunung.

  


Posing sikit


Lebih kurang jam 1.00 tengahari semua peserta sampai dan kami bertolak semula ke kawasan air terjun Sungai Sedim. 

Bila dah sampai di bawah, masing-masing kebulur. Untung ada gerai makanan dan minuman. Kami diberi masa untuk berehat sebab aktiviti rafting akan bermula lebih kurang jam 3.00 petang. Tapi disebabkan masalah teknikal aktiviti rafting bermula jam 4.00 petang.

Bagus jugak sebab aku ada peluang mandi air terjun. Kat sini jugak aku dapat tengok anak2 kampung sini buat aksi ekstrem iaitu terjun dari jambatan.



Sebelum aktiviti Rafting semua peserta kena buat aktiviti yang dipanggil water confidence. Aktiviti terjun ke kawasan dalam air terjun dengan safety jacket. Selamba je aku buat sebab dah training dulu. Hehehe…

Water Confidence
Bila semua dah selesai buat water confidence, skipper start bagi briefing pasal rafting. Ada beberapa arahan asas iaitu BOOM (Menghentak punggung dalam rafting), BANG (Secure dalam rafting). Layan jela..


Posing sebelum start rafting

Yang kat belakang sekali Skipper


Syok jugak rafting ni Tapi penat. Ini disebabkan musim kemarau dan air yang agak cetek flow kami kat Sungai Sedim tak berapa cantik. Ada beberapa point yang kami terpaksa turun dan Tarik raft kami. Tapi apapun ia still pengalaman yang memuaskan bagi kami yang kategori amatur ni.




Selesai aktiviti rafting hamper pukul 7.00malam. (Lama jugak tu) Bila dah selesai masing-masing kemas tukar baju, solat dan siap-siap pergi dinner.

No comments:

Post a Comment