Aku ada banyak nak cerita untuk dikongsi. Dan dah
lama pasang niat nak buka blog namun hari ni baru berkesempatan. Aku banyak
perkara untuk dikongsi. Tapi aku pilih cerita kembara pada bulan Mac 2014 (Dah lama dah pun) yang
lalu kerana beberapa perkara baru yang dapat aku pelajari.
Perjalanan dimulakan dengan Bismillah dari Senai. Bergerak
dari Bus Stop TJ Mart Saleng dengan Starex Ustaz Reduan. Dalam Starex ada 6 orang.
Bergerak lebih kurang jam 11 malam dan sampai di Kuala Kangsar pada jam 7 pagi.
Ngeteh di kawasan pekan Kuala Kangsar
Sempat singgah di Masjid Kuala Kangsar sebelum memulakan misi.
Istana Lama Kuala Kangsar
Selepas sarapan pagi, kami bergerak ke Kamunting untuk
singgah berehat, siapkan diri untuk Solat Jumaat. Lepas tu dalam lebih kurang jam
3.30petang kami bergerak ke Sungai Sedim melalui jalan lama.
Lebih kurang jam 6.00petang kami sampai di kawasan Air
Terjun Sungai Sedim dan menanti arahan. Air terjun yang sejuk dan jernih dari
Sungai Sedim bagai memanggil-manggil. Perghhhh…
Sampai di kawasan Air Terjun Sungai.
Bermalam di kawasan perkhemahan Sungai Sedim Kedah.
Bersambung...
HIKING + RAFTING AT SUNGAI SEDIM 2014 PART II
No comments:
Post a Comment