Wednesday 27 August 2014

HIKING + RAFTING AT SUNGAI SEDIM 2014 PART IV MENURUNI GUNUNG




Setelah puas bergambar, berehat kat puncak kami pun turun untuk kembali ke kem. Memang kami dijangka sampai pada waktu malam. Kami turun lebih kurang jam 6.00 petang. Dan sampai kat Kem Bunian pada jam 8.00 – 9.00 malam. 

Waktu ni cuaca dah agak gelap. Kami berehat dan solat di sini. Kat sini jugak masing-masing check peralatan masing2 terutamanya bateri untuk head lamp, parang dan jugak bekalan air. Memang kena catu air jugak la sebab perjalanan masih jauh lagi.   Guide jugak pesan pada kami supaya bergerak secara berkumpulan.
 



Kami sambung perjalanan turun dlam jam 9.00 malam. Memang tough la trekking malam ni.. Mata kena sentiasa berjaga-jaga dengan akar kayu dan kawasan trek. Kebanyakan dari kami masa nak turun tu memang dah flat. Tapi bila nak amibik gambar je semua muka senyum.. hehehe
 


Tengok syok2 Dalam pada kami trekking turun tiba-tiba berhenti. Rupa-rupanya ada makhluk hijau yang di jalan perjalanan kami yang bersedia untuk mematuk jika leka. Ya.. Ni dia rupa makhluk hijau ni. Kalu kena boleh tahan bias oo… Namanya ular kapak hijau..



Start dari kejadian tu semua trekking turun sambil suluh atas kepala… Semua risau takut kena patuk. Mana pulak nak cari klinik kat tengah-tengah hutan nie. Masa perjalanan balik ni jugak Hensem pesan kat aku.. Jalan cepat sikit ke depan. Aku ingatkan dia nak buang air besar. Rupanya dia bagitahu dia nampak kelibat HARIMAU duk perhati kami. (Ni pun dia bagitahu lepas trekking)




Ingatkan azab kami dah nak habis bila dah dekat sampai kem. Yelah telinga dah dengar air terjun menandakan dah dekat dengan kem. Rupanya sebelum sampai kem Air Terjun ada nampak kesan laluan  gajah yang baru. Guide mintak kami tunggu sekejap untuk  pastikan keadaan. Then, dia suruh kami teruskan perjalanan. Bila sampai kat Khemah rupanya abis khemah terbalik akibat penangan gajah.
Kuali dengan periuk pun kemek. Nasib baik makanan, beras masih elok. Sampai kat kem aku dah kepenatan walapun perut lapar. Lepas lepaskan dahaga terus baring untuk rehatkan diri dan tidur.

Akibat dilanggar gajah
Tapi dari dalam khemah ni still boleh dengar suara mereka yang kelaparan masak nasi goreng pasir gajah. Dengar cerita nasi tu licin… Hahaha.. Terbaik la chef Black.

HIKING + RAFTING AT SUNGAI SEDIM 2014 PART V
HIKING + RAFTING AT SUNGAI SEDIM 2014 PART III
HIKING + RAFTING AT SUNGAI SEDIM 2014 PART II
HIKING + RAFTING AT SUNGAI SEDIM 2014 PART I

 

Thursday 21 August 2014

MALAYSIA BERKABUNG

Hari ni aku nak post penghormatan kepada mangsa MH17.
Aku bersimpati dan bersedih dengan apa yang berlaku

#prayforMH17
#IwillStillFlyMAS

HIKING + RAFTING AT SUNGAI SEDIM 2014 PART III MENUJU PUNCAK

Hari kedua ini adalah hari paling mencabar. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab misi kami hari ini adalah akan ke puncak Gunung Bintang dan kembali semula ke Kem Air Terjun pada hari yang sama. Misi bermula dengan masak bekalan makanan untuk dibawa ke puncak. Kami bertolak dari Kem Air terjun lebih kurang jam 7.30pagi.

Cuba teka bunga apa ni?

Baru je dalam 30 minit kami bergerak aku terdengar bunyi. Aku ingatkan bunyi gajah rupanya itu bunyi PAK BELANG. Apa??? PAK BELANG?? (Nota: Tahu pun lepas selesai mendaki sebab taknak mendatangkan panic pada peserta. Menurut guide mungkin masa tu PAK BELANG tu ada di kaki bukit.) 

Pendakian kali nie memang paling mencabar la sebab kena bergerak+berjalan+mendaki lebih kurang 8-10km dari kem Air Terjun. Memang banyak la check point rasmi dan tak rasmi kami.

Yang rasmi antaranya adalah checkpoint Bunian.
Tersandar keletihan

Kat sini ada water point terakhir. Kami berehat di sini. Kat sini jugak kitorang top up botol dengan air. Teringat lagi kata-kata Driver Land Rover aka ex Army. “kalau hang dapat tahan 30 minit air kat Bunian tu hampa kira terrer la.” Memang betul pun. Suhu air kat sini dah macam air batu. Sejuk dia macam air Slurpee kat 7 Eleven. Patutlah ex army pun tak tahan.





Guide panggil kami isi air banyak2 sebab kami dijangka akan trekking balik pada waktu malam.Lepas solat kami bergerak semula untuk menuju ke check point seterusnya iaitu Bonsai Garden.

 

Selepas rehat dan lepaskan lelah, kami terus ke check point seterusnya iaitu Bintang Kecil. 
Sebelum sampai Bintang Kecil
Bintang Kecil




Dari Bintang Kecil ke Puncak Gunung Bintang ada lebih kurang 1-2km. Akhirnya pada jam lebih kurang 5.30petang kami tiba ke puncak.
Antara yang terawal sampai ke puncak. Alhamdulillah...


Sesi bergambar. Yang baju merah tu guide kami - En Adam
View dari Puncak Gunung Bintang. Cantik kan.

Seronok memang seronok sebab kami tak tahu apa yang akan menanti kami sebaik kami balik ke khemah. Apa yang menanti kami tu… Tunggu PART IV. Hehehehe… (Hintnya: Trekking pada waktu malam)


Tuesday 19 August 2014

PINGGAN MANGKUK TIDAK HALAL??

Jenguk-jenguk FB hari ni.. Ada sahabat share tentang status pinggan mangkuk yang tidak halal. Rupanya bukan makanan je tidak halal. Pinggan mangkuk pun ada yang tidak halal.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=261388484069764&set=pcb.261388610736418&type=1&theater

Berikut adalah sedutan blog yang saya cari.

Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudara semua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi ‘clay’.
  • Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma ia menggunakan bahan terlarang untuk untuk menggantikan tanah liat.Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya oleh seorang pensyarah berbagsa Cina.
    Waktu saya sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia meminta kami merujuk perkataan ‘bone? di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud ‘bone china?. China ? maksudnya adalah pinggan mangkuk. Menurut beliau, perkataan ‘china? dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana Negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-magkuk mereka.
    Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala ‘bone china? ? maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain. Jadi yang perlu diteliti disini adalah perkataan ‘bone? itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya.
    Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan. Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan babi? sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka.
    Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimana pun, pinggan-mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal berbanding porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih rumit.
    Ia biasanya akan dipamerkan di atas rak-rak yang eksklusif. Jadi kepada semua berhati-hatilah ketika membeli pinggan-mangkuk untuk kegunaan kita seharian. Terfikir saya, apa agaknya kesan kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali menikmati sajian? Sebagai umat Islam saya rasa terancam dan kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan stamp halal.
    Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Gunakan lah tisu, untuk memegang pinggan tersebut sekiranya anda was-was dan periksa labelnya telebih dahulu. Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat.
    p.s. – Untuk keterangan lanjut bagi perkataan “Bone China”, sila lihat definasinya;
    Bone China The ingredients of bone china are china clay, china stone, silica, alumina, alkalies, lime and bone ash. It is fired at high temperatures of 2300 to 2500 degrees Fahrenheit. In the best grades of English bone china 50% or more of the bodyconsists of refined bone ash prepared from specially selected animal bones which are reduced to a fine powder by heat. The bone is mixed with the finest china clays and highest quality Cornish stone. Specially skilled workers are needed in the manufacture of bone china and the best and most highly skilled in the world are found in the pottery district of England
Pautan http://islam.sukeri.com/2007/07/19/pinggan-mangkuk-tak-halal-pelik-tapi-benar/

Berikut adalah tips untuk kenal pasti pinggan mangkuk TIDAK HALAL:
1) Ada perkataan FINE BONE di pinggan
2) Ada perkatan BONE CHINA
3) Mangkuk atau pinggan lebih murah, lebih tipis dan lebih berkilat.







Dan juga ada fatwa berkaitan pinggan mangkuk berasaskan tulang nie.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pinggan-mangkuk-berasaskan-serbuk-tulang-bone-ash

SHARING IS CARING...

Monday 18 August 2014

HIKING + RAFTING AT SUNGAI SEDIM 2014 PART II



 Ekspedisi kami dimulakan dengan sarapan pagi di warung berdekatan dan juga operasi pembungkusan makanan untuk lunch. Guide memang sarankan makanan dibungkus dengan plastic dan surat khabar supaya mudah untuk dibawa dan dilupus.

Sebelum bermula ekspedisi sempat usha awek Kedah berbaju biru. Hehehe…

                                           Sarapan pagi. Bersama Ustaz Reduan

Posing dulu. Peserta untuk pendakian kali ni. Mintak tolong awek baju biru ambil gambar

Pendakian bermula dengan menaiki land rover ke kawasan hutan sebelum mendaki. Bila dah masuk kawasan hutan baru sedar kenapa guide kami (Encik Adam) insist untuk peserta membawa parang sebagai antara barang wajib. Perjalanan masuk dengan land rover itu sendiri satu cabaran yang besar. Ada beberapa ketika kami perlu berhenti dan driver perlu potong batang pokok tumbang yang merintang di jalan.

    Bergambar dengan Land Rover


Driver kami yang juga ex Army.




Pendakian sebenar bermula di sini. Perjalanan lebih kurang 4km untuk sampai ke campsite Air Terjun. Sepanjang perjalanan memang banyak la kesan laluan gajah. Bekas tapak kaki la. Najis yang ditinggalkan pun ada. 
Najis gajah
Bekas tapak kaki gajah


Sampai campsite Air Terjun pun agak lewat dalam kul 5.30 petang. Asalnya guide mintak berkhemah di Puncak Bunian namun setelah perbincangan dibuat, semua setuju untuk bermalam di campsite Air Terjun.

Apa yang menyeronokkan di sini adalah waktu mandi.. Hehehehe… Yang mengagumkan adalah walaupun kami datang pada musim kemarau air tetap banyak. Memang benarlah fungsi gunung ini adalah salah sebuah kawasan tadahan air.

Nota: Musim kemarau di sini merujuk pada bulan akhir bulan Februari dan Mac 2014 yang mana secara purata di Malaysia suhunya panas, kering dan kurang hujan

Air Terjun berdekatan Kem Air Terjun

Aksi riang mandi manda
Muka puas lepas dapat mandi



HIKING + RAFTING AT SUNGAI SEDIM 2014 PART I


Aku ada banyak nak cerita untuk dikongsi. Dan dah lama pasang niat nak buka blog namun hari ni baru berkesempatan. Aku banyak perkara untuk dikongsi. Tapi aku pilih cerita kembara pada bulan Mac 2014 (Dah lama dah pun) yang lalu kerana beberapa perkara baru yang dapat aku pelajari. 


Perjalanan dimulakan dengan Bismillah dari Senai. Bergerak dari Bus Stop TJ Mart Saleng dengan Starex  Ustaz Reduan. Dalam Starex ada 6 orang. Bergerak lebih kurang jam 11 malam dan sampai di Kuala Kangsar pada jam 7 pagi.


                                          Ngeteh di kawasan pekan Kuala Kangsar



Sempat singgah di Masjid Kuala Kangsar sebelum memulakan misi.

Istana Lama Kuala Kangsar


Selepas sarapan pagi, kami bergerak ke Kamunting untuk singgah berehat, siapkan diri untuk Solat Jumaat. Lepas tu dalam lebih kurang jam 3.30petang kami bergerak ke Sungai Sedim melalui jalan lama.

Lebih kurang jam 6.00petang kami sampai di kawasan Air Terjun Sungai Sedim dan menanti arahan. Air terjun yang sejuk dan jernih dari Sungai Sedim bagai memanggil-manggil. Perghhhh…


Sampai di kawasan Air Terjun Sungai.

                                   Bermalam di kawasan perkhemahan Sungai Sedim Kedah.


Bersambung...
HIKING + RAFTING AT SUNGAI SEDIM 2014 PART II