Akhirnya
ni posting terakhir untuk tajuk ni, Hari yang paling syok sebab dah bersiap nak
rafting. Rafting di Sungai Sedim adalah antara punca aku join ekspedisi kali
ni. Apapun sebelum bergerak untuk rafting kena turun dari gunung dulu.
Target
untuk sampai ke checkpoint di mana Land Rover akan menanti kami pada jam 12.00
tengahari. Alhamdulillah, setelah isi perut dan kemas-kemas barang kami
bertolak dari Kem Air Terjun pada jam 8.30 pagi. Sebelum tu ada jugak kisah
berakhirnya hayat kasut Hafiz di kem.. Hehehe..
Kasut Hafiz yang ditamatkan riwayatnya |
Sempat diorang posing kat pokok besar ni.. |
Kami sampai ke land rover lebih kurang jam 12.00 tengahari. Aku sempat rehat dan posing2 kat Land Rover untuk kenangan sementara menanti sahabat yang lain turun. Masa ni jugak Driver land rover bagitahu pasal tragedy MH370 yang hilang pada masa kami di atas gunung.
Posing sikit |
Lebih kurang jam 1.00 tengahari semua peserta sampai dan kami bertolak semula ke kawasan air terjun Sungai Sedim.
Bila
dah sampai di bawah, masing-masing kebulur. Untung ada gerai makanan dan
minuman. Kami diberi masa untuk berehat sebab aktiviti rafting akan bermula
lebih kurang jam 3.00 petang. Tapi disebabkan masalah teknikal aktiviti rafting
bermula jam 4.00 petang.
Bagus
jugak sebab aku ada peluang mandi air terjun. Kat sini jugak aku dapat tengok
anak2 kampung sini buat aksi ekstrem iaitu terjun dari jambatan.
Sebelum
aktiviti Rafting semua peserta kena buat aktiviti yang dipanggil water
confidence. Aktiviti terjun ke kawasan dalam air terjun dengan safety jacket.
Selamba je aku buat sebab dah training dulu. Hehehe…
Water Confidence |
Bila
semua dah selesai buat water confidence, skipper start bagi briefing pasal
rafting. Ada beberapa arahan asas iaitu BOOM (Menghentak punggung dalam
rafting), BANG (Secure dalam rafting). Layan jela..
Posing sebelum start rafting |
Yang kat belakang sekali Skipper |
Syok
jugak rafting ni Tapi penat. Ini disebabkan musim kemarau dan air yang agak
cetek flow kami kat Sungai Sedim tak berapa cantik. Ada beberapa point yang
kami terpaksa turun dan Tarik raft kami. Tapi apapun ia still pengalaman yang memuaskan
bagi kami yang kategori amatur ni.
Selesai
aktiviti rafting hamper pukul 7.00malam. (Lama jugak tu) Bila dah selesai
masing-masing kemas tukar baju, solat dan siap-siap pergi dinner.