Friday 30 March 2018

Outdoor Trip Bahrain Part IV: Bahrain International Karting Circuit

Malam 10 November 2017


  • Selepas puas melayan anak anak di Al Areen Wildlife Park kami semua rehat ; Solat, makan di Fast Food berhampiran. KFC ada, McD pun ada berdekatan kawasan ni.
  • Masa berjalan tadi baru perasan 3 family ni semuanya ada 2 orang anak. 
  • Dan kebetulan kesemua anak kami lelaki. Yes. We are family with 2 boys. Hehehe..
"We are 2Boys Family"
Dinner


  • Selepas makan tiba masa yang untuk slot utama hari ini : Go Cart untuk geng Bapak. 
  • Sampai Bahrain GoCart International Circuit lebih kurang jam 7.30malam.
  • Tapi malangnya sebab ada group yang booking circuit sampai 9.00malam.
  • Nak tak nak kena jugalah tunggu.
  • Bayaran kalau tak silap BD15 untuk 15 minit. Harga lebih kurang SR150.
  • Sebelum main kena register dulu di kaunter. Mereka akan minta personal detail macam nama pelumba dan gambar. 
  • Maklumat akan didaftarkan dan mereka akan beri kad yang boleh diguna jika ingin berlumba di masa akan datang.
  • Lepas register akan diberi card. Kalau nak repeat bawa card itu je. Data racer semua ada dalam tu,
    • Sementara menunggu, sempatlah melayan racing dan study track dulu. Hahaha...
    • Agak mencabar juga sebab masing masing dah agak penat masa jalan jalan waktu petang tadi. Memang mencabar untuk elak anak meragam waktu ni.
    • Lebih kurang jam 8.40malam selepas daftar kami ke tingkat bawah untuk ambil peralatan kelengkapan lumba.
    • Ada slot ringkas taklimat keselamatan sebelum berlumba.
    • Di bawah memang mereka dah set nama pelumba dengan nombor GoCart. Memang tak boleh nak pilih sebab mereka dah set untuk tujuan race timing.
    • Circuit booked by group of people until 9.00pm 

      Sempat ambil helmet yang ada slot untuk GoPro.

      Memang sangat berhemah aku drive.. 





    Overall result

    Jumpa lagi pada race akan datang.. Hehehe


    Outdoor di Bahrain Part III: AL Areen Wildlife Park

    Petang 10 November 2017

    • Perjalanan ke Al Areen Wildlife Park lebih kurang 1jam dari rumah Eddy di Juffair.
    • 3 family join trip ni. Family aku, Eddy dengan member Eddy.
    • Ini namanya beli jiwa dulu sebab malam nanti nak layan GoCart pulak.
    • Memang kebetulan kawasan wildlife park ni dekat je dengan Bahrain F1 Circuit dan Bahrain International GoCart.
    • Tiket masuk wildlife park ni BD 1 je. Boleh bayar guna riyal. 10 riyal je seorang. Budak kurang 2 tahun free.
    • Spend masa lama juga lah di sini. Lebih kurang 2 jam.













    Dalam observation area. Duduk dalam aircond sambil tengok haiwan. Hehehe..

    Ramai betul beruang ni memanjat
    •  Yang menariknya ada juga kawasan taman dalam senibina hiasan Jepun dalam wildlife park ni.
    • Cuba tengok antara gambar di bawah.











    Thursday 29 March 2018

    Outdoor di Bahrain Part II

    Jumaat, 10 November 2017

    Pagi
    • Esoknya lepas rutin pagi. Alif dengan Afiy dah merengek untuk mandi kolam.
    • So bawaklah mandi dulu. Lagipun plan nak keluar lambat lagi maybe lepas solat Jumaat.
    • So bawaklah Alif dan Afiy pergi manda manda kat swimming pool.
    • Jadilah nak yang penting bagi feel swimming pool.
    • So last last pergi je bawak diorang mandi tempat jakuzi near gym area.
    • Tapi bila sampai je tengok swimming pool masih tutup lagi. Habislah meraung budak ni nanti.
      Alif sempat main dumbell lagi. Hehehe



    • Lepas puas mandi lepas lebih dalam 20 minit balik bilik untuk rehat. Sarapan ringan je sebab Eddy ajak brunch (breakfast + lunch) kat rumah dia.
    • Datang rumah Eddy memang rezeki kami lah dapat hidangan nasi lemak.
    • Siap ada lauk sambal sotong pulak tu.
    • Sambil tu kita plan kita punya perjalanan untuk petang.



    • Eddy bagitahu better solat Jumaat dekat area Juffair ni je.
    • So sebelum merayau petang ko kami solat Jumaat di Al Fateh Grand Mosque.
    • Ini adalah masjid terbesar di Bahrain. Info lajut di sini. Hehehe https://en.wikipedia.org/wiki/Al_Fateh_Grand_Mosque
    • Lokasi masjid ni dekat dengan rumah Eddy dan hotel kami juga masjid ni.
    • Habis solat kalau tak silap lebih kurang jam 12.00tengahari.
    Alif dan Daniel (anak Eddy)

    Al Fateh Grand Mosque

    Sebahagian motor yang diguna untuk dispatch barang di Bahrain.




    Outdoor di Bahrain Part I

    Saja nak share trip di Bahrain waktu November 2017.
    Misi utama kali ni nak layan GoCart, bawak anak2 jalan dengan beli hadiah untuk isteri.



    Khamis 9 November 2017
    Causeway Bahrain Saudi

    • Bertolak dari Jubail lebih kurang jam 2.30 petang.
    • Masuk Bahrain lebih kurang jam 5.00petang. Alhamdulillah urusan di causeway tak
    • Bilik besar betul complete dengan basic apartment basic necessity.
    • Rehat kejap sambil order makan.
    • Lepas makan roger Eddy apa projek malam ni. Dia kata ada futsal. Layankan jela.
    • Malam tu sempat layan futsal dengan geng Malaysia di Bahrain.
    • Sambil tu plan trip untuk hari esok pulak.. Hehehe..
    Causeway Bahrain Saudi

    Aspire Tower Hotel. Complete with all basic need.